WANG
” Karena akar segala kejahatan ialah cinta uang. Sebab oleh memburu uanglah beberapa orang telah menyimpang dari iman dan menyiksakan dirinya dengan berbagai-bagai duka.” 1 Timotius 6:10
Semua talenta dan harta benda, termasuk wang,
yang kita miliki merupakan kepercayaan dan tanggungjawab yang Tuhan berikan
dalam hidup kita. Semakin besar kepercayaan Tuhan kepada kita, semakin besar
tanggungjawab kita. Jadi satu kebenaran yang perlu kita pegang iaitu: semua yang
ada di dunia ini adalah milik Tuhan. Wang kita adalah milik Tuhan. Kita semua
adalah orang-orang yang dipercayai oleh Tuhan untuk mengelola milik Tuhan.
Wang adalah harta yang bersifat sementara. Kita
tak dapat menbawa wang kita bilamana kita meninggalkan dunia ini. Kerana itu
walaupun kita perlu berkerja keras, tetapi jangan sampai kita terikat oleh wang,
berapapun banyaknya wang kita.Kita perlu menguasai wang kita. Bila kita dikuasai
oleh wang maka wang akan membawa pengaruh negatif yang menghancurkan hidup
kita.