Hachiko: Kisah sedih seekor anjing yang setia
Anda pernah mendengar/menonton kisah Hachiko? Seekor anjing yang diberi nama Hachiko merupakan haiwan lagenda Jepun di
zaman 1920-an. Setiap hari Hachiko akan menunggu tuannya pulang dari
bekerja di stesen kereta api .
Kisah ini mungkin menyebabkan anda mengalirkan air mata. Kisah tentang kesetiaan seekor anjing yang sentiasa setia menunggu tuannya walaupun hakikat sebenar tuannya telah pun meninggal dunia. Biarpun ia seekor haiwan, namun kesetiaannya itu telah mendapat liputan meluas khususnya di negara Jepun. Ikuti kisah di bawah ini.
Susuk tubuh yang Anjing baka Akita Inu yang tegap ini lahir pada 10 November 1923, Sewaktu berumur 2 bulan, Hachiko dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya. Profesor Ueno bekerja di Universiti Tokyo di dalam bidang pertanian. Prof. Ueno suka memangggil Hachiko dengan panggilan Hachi yang bermaksud Cahaya. Nama ‘Ko’ yang ada di belakang nama
( Hachi-ko ) adalah nama tambahan untuk orang Jepun yang bermaksud “Anak”.
Kisah ini mungkin menyebabkan anda mengalirkan air mata. Kisah tentang kesetiaan seekor anjing yang sentiasa setia menunggu tuannya walaupun hakikat sebenar tuannya telah pun meninggal dunia. Biarpun ia seekor haiwan, namun kesetiaannya itu telah mendapat liputan meluas khususnya di negara Jepun. Ikuti kisah di bawah ini.
Susuk tubuh yang Anjing baka Akita Inu yang tegap ini lahir pada 10 November 1923, Sewaktu berumur 2 bulan, Hachiko dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya. Profesor Ueno bekerja di Universiti Tokyo di dalam bidang pertanian. Prof. Ueno suka memangggil Hachiko dengan panggilan Hachi yang bermaksud Cahaya. Nama ‘Ko’ yang ada di belakang nama
( Hachi-ko ) adalah nama tambahan untuk orang Jepun yang bermaksud “Anak”.
Dengan demikian Profesor mengakui Hachiko
sebagai keluarganya serta teman terbaiknya. Hachiko menggemari makanan
Yakitori (sate ayam). Selama satu tahun lebih Hachiko selalu
menunggu kepulangan sang profesor di Stesen Keretapi Shibuya. Hachiko
sudah terbiasa dengan menunggu kepulangan profesor yang bekerja di kota
Tokyo. Dan pada tanggal yang bersejarah inilah segala-galanya
bermula…Ini membuktikan bahawa perancangan manusia takkan pernah sama
dengan Tuhan…
21 Mei 1925, Profesor Ueno terkena stroke ( angin ahmar ) di tempat dia bekerja. Profesor meninggal di Universiti Tokyo sebelum sempat pulang menemui Hachiko.
Oleh kerana Profesor Ueno telah mati, maka saudara Ueno, telah
mengambil alih tugas menjaga Hachiko…. Hachiko hidup dengan saudara Ueno
dan rumahnya terletak beberapa batu dari Stesen Shibuya, tempat
kebiasaan Hachiko menunggu kepulangan tuan kesayangannya…
Pada suatu hari Hachiko merasa kesepian,
dia lari dari rumah barunya menuju ke Stesen Keretapi Shibuya dengan
harapan dapat bertemu dengan tuannya ( yang telah pun mati…. )
Seorang tukang kebun yang mengenali
Profesor Ueno yang bernama Kikuzaburo Kobayashi melihat berhari-hari
Hachiko yang setia menunggu tuannya yang tak kunjung tiba seperti
biasa…Apabila melihat akan kesetiaan seekor anjing kepada tuannya, Kikuzaburo berasa kagum dan beliau selalu memberi makan kepada Hachiko sesuai dengan apa yang diberi profesor, yakitori.
Tahun 1928, Stesen Shibuya telah
diubahsuai rekabentuknya secara total. Ketika pengubahsuaian stesen itu
sedang rancak berjalan, Hachiko telah menyelusup ke setiap kedai-kedai tetapi ianya telah robohkan untuk pengubahsuaian.
Namun, Hachiko tetap setia menunggu tuannya dan Kikuzaburo nampak
Hachiko selalu dan menunggu di salah sebuah tempat di stesen berkenaan
yang masih elok keadaannya.
Salah satu posisi Hachiko menunggu tuannya di Stesen Shibuya yang sempat dirakam
Ditahun yang sama, ada seorang pengkaji
anjing jenis Akita dimana dia adalah murid Profesor Ueno. Dia kebetulan
melihat “pemandangan” menarik tentang Hachiko yang pada ketika itu
sedang duduk menunggu kepulangan tuannya, yang juga anjing jenis Akita.
Dia mengamati bagaimana Hachiko menunggu tuannya di stesen keretapi. Murid Ueno itu mendapat maklumat tentang Hachiko yang setia menunggu tuannya. Dia pun mula menulis artikel tentang Hachiko.
Berita tentang Hachiko pun mulai tersebar
di seluruh Jepun. “Faithful Old Dog Awaits Return of Master Dead for
Seven Years” adalah berita yang dimuat di harian Asahi pada 4 Oktober
1933. Hachiko pun semakin dikenali dan semakin tersohor hingga seluruh pelosok Jepun.
Tahun 1934 patung Hachiko didirikan di
depan Stesen Shibuya. Stesen tersebut yang mengalami kerosakan akibat
pada tahun 1948 akibat perang dunia ke II. Hachiko telah mati pada 8
March 1935. Di saat hampir mati, Hachiko masih setia menunggu Profesor
Ueno di pintu keluar Stesen Shibuya yang kini dinamakan sebagai PINTU
HACHIKO SHIBUYA. Posisi patung Hachiko adalah duduk seperti 70 tahun lalu menunggu Profesor Ueno pulang. Patung Hachiko sendiri kini terdapat 3 buah, satu di Shibuya, Akita serta tempat kelahiran Hachiko Odate.
Kisah Hachiko juga telah diabadikan di
dalam novel, buku cerita, dokumentari haiwan dan filem.Di antaranya
filem yang berjudul Hachiko lakonan Richard Gere.
Comments