Nak Kene belajar memandu dah...
Belajar Parking
1. Luruskan kereta, undur dan dapatkan tiang nombor 1 di sisi cermin segitiga dan berhenti.
2. Pusing kiri sampai habis, undur dan dapatkan tiang nombor 6 melalui cermin tingkap sisi lalu berhenti.
3. Pusing kanan 2 kali (luruskan tayar). Undur kereta sehingga tayar belakang mencecah garisan putih dan berhenti.
4. Pusing kanan sampai habis, undur ke dalam petak parking dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
5. a) Pusing kiri sampai habis guna gear 1 maju kehadapan sehingga badan kereta sama lurus dengan garisan dan berhenti (free gear dan tarik handbreak). Angkat tangan.
b) Kemudian, masuk gear reverse berundur ke belakang dan berhenti
(free gear dan tarik handbreak)
6. Pusing kanan sampai habis dan keluar berhati-hati menuju ke petak pusingan tiga penjuru.
Tip Ujian Parking: Calon akan lulus jika:
1. Berjaya melakukan ujian parking dan keluar dalam masa 5 minit.
2. Keempat-empat roda dan seluruh badan kenderaan berada dalam kotak.
TEKNIK BELAJAR TIGA PENJURU
Teknik tiga penjuru ini akan digunakan semasa anda melalui jalan mati. Jadi teknik ini boleh anda gunakan selain daripada reverse ke belakang yang ada kalanya merbahaya bagi yang tidak mahir mengundurkan kereta. Semasa hari ujian, tiga penjuru biasanya akan dilakukan selepas membuat parking. Jom kita lihat teknik untuk buat tiga penjuru khas untuk tujuan ujian kelak.
1. Apabila anda keluar dr parking, masuk petak belah kanan (ikut anak panah yang diberikan) sehingga sampai ke tiang no 2.
2. Sambil berjalan perlahan-lahan pusing stering kekanan sampai habis dan berhenti sebelum garisan putih di depan.
3. Seterusnya pusing stering ke kiri pula sampai habis (4 x) kemudian br anda undur ke belakang dan berhenti sebelum bumper belakang kereta anda pijak garisan putih (jarak dalam 3 kaki mcm tu).
4. Kemudian pusing stering 3 x dan terus keluar dr petak 3 penjuru tersebut.
Tip Ujian Tiga Penjuru: Calon akan lulus jika:
1. Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit.
2. Calon berjaya melakukan ujian seperti berikut:
- Masuk ke petak dari kiri ke kanan dan berhenti seketika
- Dari Kanan berundur ke belakang dan berhenti seketika
- Dari kiri bergerak ke kanan dan terus keluar.
Mendaki Bukit
Berhubung ==>Kebolehan anda berinteraksi dengan kereta menggunakan pancaindera. ==>Boleh tahu tahap deruman enjin,kekuatan enjin dan pecutan supaya anda tahu mengawal minyak
Bergerak Berterusan ==>Tidak boleh berhenti semasa ujian bermula dari garisan permulaan sehinga garisan kuning puncak bukit
Bertiga minit ==>Tempoh dari garis mula hingga garisan kuning cuma 3 minit ==>Pelajar yang sudah memahami teknik mendaki bukit biasa hanya perlu 1 minit untuk ujian ini.jadi masa yang diberikan lebih dari cukup.
Berhenti di Garisan Kuning ==>Bila sahaja tayar depan anda mencecah garisan kuning anda harus bersedia berhenti ==>Kedudukan tayar yang berhenti yg terbaik apabila berada di tengah-tengah garisan kuning.
==>kedudukan tayar depan tidak boleh kurang daripada garisan kuning atau lebih dari garisan kuning,jika tidak,Anda dianggap gagal!!. ==>semasa sudah berhenti di garisan 1)brek pada kedudukan tepat 2)free gear
MUSTAHAK-Jangan mengangkat tangan sebelum anda pastikan kedudukan tayar kenderaan berada di tempat yang betul.Jika anda dapati kedudukan tayar kenderaan anda tidak betul anda boleh memohon dengan Pegawai Penguji untuk melakukan cubaan yang kedua sebaliknya jika anda telah mengangkat tangan maka anda tidak mempunyai peluang untuk melakukan percubaan yang kedua
Bersedia bergerak ==>Selepas anda berhenti di garisan kuning,JPJ akan menyuruh anda bergerak ==>Tips supaya kereta anda tidak berhenti atau berundur ke belakang 1)Masukkan gear satu
2)Tekan pedal minyak sehingga meter gear dalam lingkungan sederhana tinggi(6-8)
3)Jangan sesekali lepaskan clutch gear semasa anda menekan pedal minyak untuk mendapat kelajuan yg tepat.
4)Lepaskan gear perlahan-lahan,kereta anda akan meluncur kehadapan dengan kelajuan yang stabil Kunci utama ialah latihan dengan sempurna.
Bukit
Tiga Penjuru
Meletakkan Kendraan
Sumber:Google search & Youtube
Comments