Skip to main content
Cinta Seorang Sahabat
Benarkah lelaki dan perempuan tidak boleh
berkawan rapat, kerana lama- kelamaan
nanti akan timbul perasaan cinta?
Sebenarnya, ada benar dan ada tidaknya.
Perasaan cinta boleh timbul dengan pelbagai
cara dan tanpa alasan. Sekiranya kita jatuh
cinta terhadap sahabat baik sendiri, kita pun
tidak mampu untuk menolak perasaan itu.
Betul tak?
Ianya bergantung kepada kedaaan juga. Ada
lelaki dan perempuan yang bersahabat baik
dari kecil sehingga besar tetapi tiada
perasaan cinta. Jika ada, selalunya ia
membabitkan cinta bertepuk sebelah
tangan. Tetapi kebanyakkan yang kita lihat,
pasti sesuatu pasangan itu akan berkawan
baik dahulu sebelum bercinta dan
berkahwin, kan? Itu biasalah, cuma dalam
persoalan rasaan cinta.
Bukan semua orang boleh menerima cinta
daripada sahabat sendiri. Ada yang
menganggap sahabat hanya sahabat sampai
mati malah hubungan dengan sahabat itu
dianggap seperti adik beradik, tidak akan
timbul rasa cinta sampai bila-bila. Ini kerana
mereka sukar untuk mengubah perasaan itu
dari kawan kepada cinta.
Walaupun pun begitu, jika anda telah jatuh
cinta dengan sahabat baik sendiri, anda
perlu buat pilihan sama ada untuk
pendamkan perasaan itu kalau si dia masih
belum tahu ataupun luahkan saja..
# Luahkan sebelum terlambat, tiada salah tiada betul #
Nota: Bagi saya la kan, perasaan tu memang tidak dapat ditolak, perasaan suka memang tetap ada, cuma keberanian untuk menyatakan perasaan itu dengan orang yang disukai walaupun orang itu sudah menyatakan perasaan cinta yang dia rasai.
Dilema, mau tidak mau?...tidak tahu menyatakannya, pendam? ahh! hati sudah cair, nak tunggu apa lagi, bagitau jelahh... Apa yang paling mengecewakan adalah bila kita nyatakan perasaan terhadap orang yang disukai namun ia sudah tiada 'kekosongan' dalam erti kata lain sudah ada yang lain. Terlambat? haa, padan muka, sapa suruh jual mahal. Cakap jual mahal, sebenarnya ia adalah untuk menguji sama ada orang tu benar-benar ikhlas berjuang untuk mendapatkan cinta tu..Lihat setakat mana dia care dengan kita, setakat mana dia berusaha untuk kita. Tapi jangan menyesal bila dia surrender di tengah jalan, dan telah menjumpai seseorang di pertengahan jalan semasa perjuangan cinta. Anda mampu mengubahnya.
Limited Edition. Ah! tolong!!
"Sejujurnya ku tak bisa hidup tanpa ada kamu aku gila"
Comments