Perempuan & Period


Apabila perempuan datang bulan, mesti mood berubah..mula lah mengamuk..benda kecik dibesar-besarkan, benda remeh temeh disukar-sukarkan, benda tak da diada-adakan..yang lama diungkit-ungkitkan..wahh.. dahsyat tak?..betol tak wahai kaum perempuan...? perubahan hormon katakan.

Di seluruh dunia, berjuta-juta wanita menganggap apa yang berlaku setiap bulan umpama satu pusingan jam biologi.Keletihan, mudah tersinggung, perut kembung, masalah jerawat dan sebagainya sering kali dikaitkan dengan pusingan haid.Sehingga hari ini belum ada satu teori yang berjaya membuktikan mengapa wanita mengalami perubahan mood atau emosi setiap kali mereka hampir dengan fasa pusingan haid mereka.Bagaimanapun, ia dikaitkan dengan perubahan hormon yang menimbulkan tindak balas abnormal.Gejala PMS biasanya terjadi seminggu sebelum seseorang wanita mengalami pusingan haid.Ia akan hilang beberapa hari selepas haid berlaku. Gejala-gejala ini hanya sementara waktu dan tidak begitu mengganggu rutin harian seseorang wanita.Ia merangkumi gangguan pada psikologi, perut, kulit, kandungan cecair pada badan dan lain-lain.Ini termasuklah perubahan dari segi selera makan, kemaruk makan, jerawat, mood terganggu, gangguan tidur dan emosi terlalu sensitif.

  • Hari pertama/ kedua period, Perempuan akan lenguh satu badan. Terutamanya bahagian pinggang ke tapak kaki.Itu apa yang aku rasa la bila period datang.  Lutut rasa macam nak tercabut je. Lepas tu bila period, perempuan suka tidur, sebab apa? sebab letih, sudahlah kebas-kebas, sakit belakang, sakit pinggang, sebab tulah kaum perempuan yang period ni suka tidur dan bermalas-malasan. hihi..
  • Sedih tak tentu pasal ini adalah satu simptom yang biasa bagi perempuan time tengah period.Women are complex creatures. Mereka tidak memerlukan sebab yang munasabah atau situasi yang menyedihkan untuk menangis secara tiba-tiba.Jadi, kepada kaum adam, hati-hati dengan setiap kata-kata yang keluar dari bibir anda bila berhadapan atau bercerita, kerana perempuan period sangat-sangatlah sensitif.
  • Marah tak tentu pasal Perempuan akan rasa cepat marah ketika datang bulan dan akan selalu salahkan orang lain bile kekalutan situasi berlaku. benda kecik pun boleh terasa hati. Kadang-kadang benda tak logik pun jadi nak marah.hehe, memang berlaku dengan diri sendiri, suka mencari kesalahan.
  • Fikiran negatif atau dengan kata lain, menjadi paranoid. Time-time macam ni la perempuan selalu merasakan diri mereka tak cukup bagus, rasa takut, dan terlalu fokus serta senang terpengaruh dengan pandangan orang sekeliling terhadap diri.
           Bila Senggugut dalam kepala otak ingat tidur saja


HORMON PENGARUHI WANITA

JANGAN mudah melenting atau cepat melatah andai wanita yang anda kenali sebagai seorang yang sabar atau periang boleh berubah emosinya secara tiba-tiba. Perubahan ini mungkin menyebabkan mereka menjadi seorang yang begitu sensitif, mudah marah, cepat tersinggung atau sebagainya.Tidak kira siapa pun wanita terbabit sama ada ibu, kakak, adik, isteri, teman wanita, bahkan yang bergelar nenek sekalipun boleh mengalami perubahan emosi seumpama ini.Hakikatnya ialah bukan mudah menjadi seorang wanita. Namun, inilah yang harus dilalui oleh wanita dalam meniti setiap fasa kehidupan mereka.

Bermula dari peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah mencecah ke usia emas, terlalu banyak perubahan fisiologi dan biologi yang harus dilalui oleh seseorang wanita.Andai kurang persediaan dan pengetahuan mengenai setiap fasa perubahan ini, banyak masalah boleh timbul.Masalah bukan saja dihadapi oleh wanita terbabit, malah kepada orang yang rapat dengan mereka.

Pakar perunding obstetrik dan ginekologi di sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, perubahan ini biasanya tidak

disedari oleh ramai wanita.Sebaliknya, ia lebih banyak dikesan oleh mereka yang hampir dengan wanita terutama pasangan mereka.

Menurut beliau, salah satu aspek yang mungkin tidak difahami oleh sebahagian besar wanita, mahupun mereka yang berada di sekelilingnya, ialah emosi seseorang wanita.


``Ini kerana emosi dan perasaan seseorang wanita banyak dipengaruhi
oleh hormon yang terdapat dalam tubuhnya.

``Bagaimanapun, para penyelidik masih dalam kajian mencari punca
mengapa wanita begitu mudah terdedah pada perubahan emosi,'' katanya.

Beliau tidak menafikan kurangnya pemahaman berhubung perubahan emosi wanita boleh menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada penceraian.Dr. Suraya memberitahu, emosi wanita banyak dipengaruhi oleh hormon-hormon tubuh mereka.Dua hormon utama yang terdapat dalam tubuh wanita ialah hormon estrogen dan progesteron.

``Kedua-dua hormon ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang cukup besar
dalam setiap fasa kehidupan seseorang wanita.

``Sekiranya berlaku ketidakseimbangan pada hormon-hormon ini, maka ia
boleh menyebabkan perubahan terutama kepada mood wanita terbabit,''
katanya.

Hormon ini dihasilkan oleh kelenjar ovari. Penghasilannya dipengaruhi oleh sebahagian hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari dalam otak.Peranan kedua-dua hormon ini bukan sekadar hanya mengatur pusingan haid seperti perubahan pada dinding rahim dan pengeluaran darah haid.Pada masa yang sama hormon-hormon ini mempunyai kesan pada tisu-tisu tubuh. Ini termasuklah buah dada, tulang, pembuluh darah, jantung, saluran usus, pundi kencing dan kulit.Dr. Suraya menjelaskan, ketidakseimbangan hormon-hormon estrogen dan progesteron boleh menyebabkan perubahan kepada wanita terbabit.

``Ini termasuklah perubahan tingkah laku atau emosi yang menyebabkan
mereka menjadi seorang yang mudah sensitif, tertekan, mudah marah atau
mengalami kemurungan,'' ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, bukan semua wanita mesti melalui perubahan emosi.Pusingan haid, kehamilan, keadaan selepas bersalin, ketidaksuburan dan menopaus boleh mengakibatkan perubahan mood yang menyebabkan seseorang wanita seolah-olah mengalami kemurungan.Malah, para penyelidik turut mengesahkan bahawa hormon boleh mempengaruhi pengeluaran endorfin yang berfungsi mengawal emosi dan mood.

Tambah beliau, tiga fasa kehidupan yang menyebabkan wanita boleh mengalami perubahan ketara ialah:

- Fasa sebelum pusingan haid
- Fasa selepas melahirkan anak
- Fasa selepas menopaus (putus haid)

Comments

Popular Posts