Mengekalkan Cinta Antara Satu Sama Lain
Setiap insan inginkan cinta yang berkekalan sehingga ke akhir hayat, begitu juga dengan diri ini. Beberapa tips akan dikongsikan bersama dalam mewujudkan cinta selamanya.
- Bercintalah dengan niat yang direstui Maha Esa
- Sentiasa mengambil tahu hal pasangan
- Ikhlas- Jadi diri sendiri, bukannya berlakon atau berlagak seperti orang lain
- Berfikiran positif. Dengan fikiran positif anda lebih mudah menerimapasangan anda, jauhi sikap curiga
- Luangkan masa bersama pasangan walau seketika.
- Mengekalkan rasa hormat, kasih sayang dan kejujuran dalam percintaan
- Jangan menurut hawa nafsu dan godaan syaitan
- Jangan musnahkan cinta dengan melakukan hubungan seks di luar nikah
- Jaga tutur kata dan peliharalah batas-batas pergaulan
- Kepercayaan antara satu sama lain, setia dan tolak ansur adalah penting dalam perhubungan
- Sekali sekala bersifat romantik
- Give and Take
- Sentiasa menghargai pasangan
- Jangan mendengar masalah cinta/rumah tangga orang lain terutamanya yang berlawanan jantina. Hal ini boleh mengabaikan pasangan dan lama kelamaan akan menimbulkan perasaan simpati terhadap individu yang mempunyai masalah. Don't ever do that!
Ceritera cinta tak kesampaian:
Sesetengah pasangan ada yang sudah mencecah 9 tahun dalam perhubungan, namun tiba-tiba berpisah. Bayangkan 9 tahun sudah banyak suka duka yang diharungi. Bak kata orang, bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain. Menjalin cinta sewaktu di bangku sekolah menengah tapi akhirnya berkecai. Tiada siapa yang inginkan perkara seperti ini.
Beberapa kemungkinan yang menyebabkan perkara sedemekian berlaku, kehadiran orang ketiga, faktor jarak, sikap egois dan sebagainya. Cinta jarak jauh memerlukan hati dan fzikal yang kuat, tepis perasaan negatif dan saling mempercayai antara satu sama lain. Jika tidak akan timbul perasaan curiga dan akibatnya pergaduhan akan berlaku. Seeloknya, jauhi lelaki/wanita lain agar tidak wujud orang ketiga dalam perhubungan. Jangan biarkan orang lain cuba mendekati dan menawan kembali hati anda. Ingatlah insan yang anda sayangi, kerana tidak akan ada lagi insan yang sama yang anda pernah kenali.
~~Bersambung
Comments